Tinggal anak sulung baru lahir jadi tonik terbaik Brendan Gan benam Thailand

Kemenangan Malaysia ke atas Thailand malam tadi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan juga Piala Asia 2023 sememangnya memberikan satu nafas baru dalam bola sepak Tanah Air.

Sumbang gol pertama

Ketinggalan pada awal permainan, pasukan Harimau Malaya bangkit dengan menyamakan kedudukan apabila Brendan Gan menyumbat gol pertama hasil lorongan rakan sepasukan.

Man of the match!

Selepas babak kedua permainan bersambung, satu lagi gol telah disumbangkan oleh Sumareh menjadikan Malaysia mendahului dengan 2-1. Keputusan tersebut telah kekal hingga ke akhir perlawanan.
Menerusi media sosial, warganet telah bersetuju mengatakan bahawa Brendan Gan sebagai Man Of The Match pada malam tadi berikutan prestasi yang baik diatas padang.

Pengorbanan berbaloi

Sebenarnya, demi menyarung jersi Malaysia untuk saingan menentang Thailand malam tadi, Bredan telah meninggalkan sebentar isteri serta anak sulungnya yang bary sahaja lahir seminggu yang sudah.
Brendan Gan telah kembali ke Malaysia dari Sydney, Australia dua hari selepas kelahiran bayi pertamanya bagi membuat persediaan untuk kelayakan saingan Piala Dunia 2022 ini.
Nampaknya, pengorbanan pemain berusia 31 tahun ini berbaloi apabila membantu pasukan Malaysia memenangi pesaing kuat dari pasukan Gajah Perang.


Brendan yang juga merupakan pemain Malaysia berdarah kacukan apabila salah seorang orang tuanya adalah warganegara Australia dan dia sendiri dibesarkan disana sebelum kembali ke Malaysia bagi menyertai pasukan dalam liga negara.
Dia atau nama sebenarnya Brendan Seng Ling Gan, 31 telah berkahwin dengan isterinya pada penghujung tahun 2017 sebelum dikurniakan cahaya mata minggu lalu.

Bertemu Indonesia selasa depan

Selepas kejayaan mebenamkan Thailand di Bukit Jalil malam tadi, pasukan Malaysia akan bertemu semula Indonesia bagi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia ini di Stadium keramat itu pada selasa depan.
Semoga Brendan Gan dan juga pasukan Harimau Malaya mampu mengulangi kejayaan yang mereka kecapai semasa di Stadium Gelora Bung Karno yang beberapa bulan sudah.

Sumber : Brendan Gan, Trending Hangat

Comments