Wanita Kongsi Cara & Proses Bina Kolam Renang Di Rumah, Hasilnya Sangat Berbaloi!

Selain hiasan dalaman, ruangan lapang di sekeliling rumah juga perlu dititikberatkan supaya kawasan menjadi lebih menarik. Sebagai contoh lanskap berilhamkan tropikana mampu meransang mood relax dan gembira.
Seperti perkongsian Hezline Atherra ini, dia membina sebuah kolam renang kecil di kawasan rumah dilengkapi gazebo dan ruangan bbq. Memang seronok apabila melihat si anak mengukir senyuman tanda gembira. Puas hati!

Proses pembinaan


Satu tanah lapang dan agak membosankan. Hampir 3 tahun aku tenung port ni, nak buat “dok pakai cekok” takut behenti separuh jalan sebab modal ciput babi. So tunggu rumput panjang, mesin lagi dan lagi.
Sampai lah seru tiba. Ok tak yah beleter panjang-panjang dah. So first ni plan aku lah ye. Korang kena imagine atau sketch, nak bentuk macam mana , luas mana, piping belah mana, tempat pump dekat mana, dan paling penting kedalaman dan besar mana kolam yang nak.
Plan baik-baik, yang paling penting part ni, imaginasi kena tinggi. Kau ibarat kau dah nampak kolam tu dah siap lawa kat port kau nk korek tu.

2 minggu gali tanah

Dah siap imaginasi yang kau lakar dekat A4 tadi, ko mula pacak tanda kat tanah yang ko nak korek tu. Kalau mumi, mumi letak besi penanda dan “tali beruk” keliling petak yang nk korek tu. Dan start korek slow-slow , mumi ambik masa 2 minggu. Korek-korek dengan adik-adik, diorang lembik kesian tapi dah bayang ni, nanti hari-hari boleh mandi kolam.
Kalau ko nak dalam lagi, kena panggil backhoe lah korek, kalau ko korek sendiri mati lah kau dalam tu. Mumi punya ni hampir 5 kaki lebih, tak kira actual. Sebab mumi naikan tinggi dinding atas sebab tak nak buat salur air limpah keliling kolam.
Ok part ikat bata ni memang win, sebab mumi ikat sendiri. Tak ada upah orang ikat ye. Ok siap separuh bata tu, mumy peratakan bahagian tanah bawah dan letak crusher run kasar. Then letak besi brc size lupa tapi boleh je mana-mana yang standard.
Besi brc potong pakai cuter (ni keje laki aku) ni kalau aku buat, mau terpotong kuku aku. Dan lapiskan dengan campuran simen dan pasir (tunggu kering, baru sambung ikat bata).

Buat base konkrit & piping


Settle base konkrit bawah, then aku sambung bata dan buat piping flow in and out, kalau tu ko pakai baldi je la cebok air. Tapi mumi buat piping tanam dalam konkrit, sebab mummy ikat bata. Selebihnye daddy sambung lepas konkrit siap.
Ok, cerite tentang tanam pipe flow in and out. Flow in mummy buat 3 saluran air, dan flow out satu salur air. Dan mummy guna dua pump untuk filter air rolling dalam kolam, pump jename apa-apa pon boleh ikut kemampuan dan kapasiti kolam.
Then mummy niat nak letak lampu dalam kolam, so letak or tak, mumy just buat dulu piping untuk wayar electric (ni pon selebihnya sepupu aku cover job). Then siap ikat bata pada ketinggian yang ko nak. Tiba wak “melas” so ni pass job kat sepupu, sebab mami nak ikat bata untuk lantai luar plak. Lantai garden pon sama, nak besar mana dan ikat bata macam mula-mula tadi. Ok lepas siap kerja memelas dinding, proses minyok pulak lagi sekali untuk bagi effect licin pada lantai dinding kolam.

Proses pengujian


Dah datang gazebo mumi. Time pasang gazebo tak ada ye. Mumi busy tak sempat nak photoshoot. Ok part kolam pulak ni adalah Proses Pengujian. Proses pengujian ni penting dimana kita nak tengok kot kot ada bocor dan crack. Tengok muka si Daiyyan tu. Bahagia sangat wehh. Hati mak mana tak luluh.
Untuk part kemasan dinding, mumi cat kolam dengan cat expoxy waterproof blue colour dan cat ni around RM 250 ke atas dan perlu tempah dua minggu ke atas baru sampai. Ok mumi cerite sikit part cat ni,
Sebelum proses mengecat, bersih dulu dindang kolam, keringkan dulu, dan sapu-sapu habuk-habuk lantai tu. Untuk kemasan yang lawa buat 2-3 lapis, lepas kering cat lagi dan lagi.
Dan mengeringan yang sempurna ambik mase 4-5 hari. Sebelum masukan air, kolam perlu bilas dulu sebab cat ni dia punya aroma bau memang pergghh ! Padu beb! Haha then baru masukan air.

Pagar & gazebo

Ok sambung lagi kerja menukang. Sisra buat pagar untuk bahagian belakang gazebo. Ala nak look ala ala garden omputih gitewww. Then nanti cat & deco deco. Bab pemotongan kita pass pada yang lebih pakar iaitu daddy lah. Uishh mami takut pegang natang mesin ni.
Muka tu tak leh bla betul abang Darryl ni. Sambil joget dia nyanyi “kolam Darryl nak siap, kolam Darryll nak siappp”. Ya Allah heppy sangat mumi mu masa ni, rase janji dengan anak dah hampir tertunai.

Hasilnya

Sumber : Hezline Atherra, trending hangat

Comments