‘Inilah nanah dan tisu mati dalam paru-paru seorang perokok tegar’ – Dr Hana Hadzrami [TRENDING HANGAT]



TABIAT merokok memang sukar dihentikan terutama perokok tegar atau bagi individu yang tiada usaha langsung untuk keluar daripada kepompong itu meskipun tahu akibat buruk bakal ditanggung.
Rokok bukan sahaja membahayakan perokok, malah turut mengakibatkan orang di sekeliling juga menganggung akibat yang sama.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan lebih tujuh juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat merokok atau menghidu asap rokok disebabkan pelbagai penyakit seperti kanser mulut, serangan jantung, strok dan banyak lagi.

Nanah, tisu mati disimpan hampir setahun

Baru-baru ini, seorang doktor perubatan, Dr Hana Hadzrami telah berkongsi gambar paru-paru pesakit kanser yang juga seorang perokok tegar.
Menurut Dr Hana, paru-paru tersebut terpaksa dibuang kerana melekat pada ketumbuhan pada tulang dada pesakit dan ianya dipenuhi dengan nanah serta tisu mati yang terkumpul dalam tempoh setahun.


Ini nanah dan tisu mati dalam paru-paru seorang perokok tegar yang disimpan hampir setahun.

Kalau ikutkan dia masih nak simpan lagi buat bekalan di masa hadapan. Tapi ianya terpaksa dibuang kerana melekat pada ketumbuhan pada tulang dadanya. Sebenarnya dia datang hanya nak buang kanser sahaja bukan nak buang nanah pun. Susah nafas dia boleh tahan tapi sakitnya kanser tak tertanggung rasanya.
Kesian perokok ini. Bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Kepada perokok diluar sana, mungkin Ramadhan kali ini paling sesuai untuk anda ucapkan selamat tinggal kepada dunia asap busuk beracun anda.

Comments