Baru-baru ini tular di Twitter, sebuah video memaparkan seorang penghantar makanan Grab Food berbangsa Melayu, telah dipukul oleh sekumpulan lelaki di tepi jalan.
Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh pengguna Twitter dengan nama akaun @thatsiameseguy, menunjukkan beberapa lelaki dipercayai berbangsa India telah memarahi sambil memukul penghantar makanan tersebut.
Dituduh samun telefon?
Berdasarkan satu lagi rakaman perbualan Whatsapps, seorang lelaki yang mendakwa abang kepada mangsa memberitahu bahawa pada mula rakannya adiknya telah dilanggar oleh seorang pemandu India.
Pertelingkahan telah berlaku antara mangsa dan pemandu India, nak dijadikan cerita telefon pemandu terbabit terjatuh dan mangsa yang mengutipnya lalu dituduh cuma untuk menyamun pula.
Tak sempat nak jelaskan dah kena tibai
Dikatakan, pemandu terbabit telah memanggil beberapa orang rakannya, lalu bertindak memukul mangsa yang sedang cuba untuk menjelaskan perkara yang berlaku.
Namun, belum sempat membuat penjelasan dia telah dipukul beberapa kali dan dilarang membela diri bagi menceritakan situasi sebenar.
Malah, difahamkan motorsikal milik mangsa yang digunakan untuk menghantar makanan juga dimusnahkan. Menerusi video, dapat didengari beberapa kali mangsa meminta jangan dirosakkan kenderaannya.
Tak boleh dengar sebelah pihak jer
Video yang tular itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap penghantar makanan yang teruk dipukul. Pada masa yang sama, ada yang beranggapan tidak hanya boleh mendengar daripada sebelah pihak sahaja.
Walau bagaimanapun, kesahihan tweet tersebut belum dapat dipastikan, namun diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat semula kes ini untuk diambil tindakan lanjut bagi mengetahui siapa yang sebenarnya bersalah.
Sumber : thatsiameseguy, TRENDING HANGAT
Comments
Post a Comment