Motor rempuh belakang lori, anggota polis & isteri maut kemalangan


Niat untuk menghantar isteri ke tempat kerja bertukar menjadi tragedi berdarah buat pasangan ini apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori.
Berita tersebut didapati menerusi laman Facebook yang dimiliki oleh Nuraz Shamsuddin, kakak kepada mangsa Muhammad Syakiran Bin Shamsuddin.
Difahamkan, kemalangan terbabit berlaku di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur sekitar jam 8.30 pagi tadi ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja si isteri yang bernama Nurul Ashikin Kamaruddin.

*Maklumat Awal Kemalangan Maut melibatkan Anggota dan Isteri Di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur*
*Anggota (Meninggal Dunia - PPUM)*
Nama : L/Kpl 175887 Muhammad Syakiran Bin Samsuddin.
T/Tugas: Balai Polis Seksyen 6 ,Shah Alam.
Asal : Kelantan
*Isteri (Meninggal Dunia -Berada di HKL)*
Nama : Nurul Ashikin Binti Kamaruddin
KPT: 920421-43-5212
Umur : 30 tahun
Asal : Kelantan
Dimaklumkan kejadian berlaku Pada 29/10/2019 Jam l/Kurang 8.30 pagi di Jalan Syed Putra Kuala Lumpur .
Anggota berkenaan keluar untuk menghantar isteri bekerja menaiki M/Sikal sebelum terlibat kemalangan.
Anggota berkenaan berada di Zon Merah PPUM dan Jenazah (Isteri) di hantar ke Forensik HKL.
*Makluman terkini:*
Jam l/kurang 1015 Hrs di maklumkan L/Kpl Muhammad Syakiran tidak dapat di selamatkan dan di sahkan Meniggal Dunia.
Alfateha...
Untuk makluman awal YDH Tuan.



“Al-fatihah buat kedua-dua adikku. Syurga untukmu adik,” tulisnya.

Lelaki yang berusia 30 tahun itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala isterinya dihantar ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disahkan meninggal dunia.

salam takziah



TRENDING HANGAT

Comments