Di zaman sekarang ini ramai yang berlumba-lumba mahu berniaga, justeru pelbagai jenis cara dan gimik yang dilakukan semata-mata mahu mempromosikan produk.
Baru-baru ini, pengusaha butik pengantin telah mengundang kecaman netizen apabila menggunakan tapak perkuburan Kristian untuk sesi fotografi busananya.
Bagaikan tiada rasa hormat terhadap waris keluarga si mati, dapat diperhatikan beberapa orang model sakan bergambar di kubur-kubur yang berada disitu.
Biadap! Tak hormat agama lain
Tindakan pengusaha itu dianggap sangat biadap, terutama sekali pada penganut agama kristian. Seorang pengguna Twitter dengan nama akaun, @chrissytwiitwit, meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pengusaha butik itu.
Kubur tempat suci bagi penganut Christian
Pengguna Twitter tersebut yang mengakui beragama Kristian berkata, tanah perkuburan dianggap sebagai tempat yang suci sebagai penghormatan buat pihak si mati.
Selepas isu tersebut mula tular, ramai yang memohon maaf. Namun, buat Chrissy dia tidak pukul rata terhadap sesuatu kaum atau agama. Perkara itu terjadi atas sikap individu yang tidak bertanggungjawab.
Pengusaha butik mohon maaf…
Bagaimanapun, pengusaha butik terbabit, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, telah membuat satu permohonan maaf dan mengakui cara pihaknya membuat promosikan dengan bergambar di tanah perkuburan Christian telah menyinggung hati ramai.
“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung…”
Tambahnya, tindakan membuat sesi fotografi di kawasan tersebut disebabkan mahu mencari kelainan yang di inspirasi dari luar negara, dan bukanlah semata-mata mahu mencari publisiti.
“Saya pilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara….”
Tidak kiralah apa tujuan sekalipun, kita hidup di negara yang berbilang kaum dan agama. Sudah semestinya, kita patut lebih peka dengan sensitiviti masyarakat lain yang berbeza kepercayaan.
Sumber : Harian Metro, TRENDING HANGAT
Comments
Post a Comment