Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang berpewatakan seperti ‘Mowgli’ ditemui dalam keadaan kepenatan oleh pihak berkuasa di Oryol, Rusia. Mangsa dikatakan telah dikurung bersama lembu, ayam, itik dan anjing di dalam sebuah sangkar oleh ibu kandungnya sendiri sebelum dijual kepada pedofilia.
Namun apa yang lebih mengejutkan apabila kanak-kanak ini hanya tahu menyalak sebagai cara untuk dia berkomunikasi.
Berjalan macam binatang buas
Menerusi Mirror Uk, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Diana dipercayai ditinggalkan ibunya, Medina di dalam sebuah sangkar sebelum dijual kepada seorang pedofilia semata-mata untuk mendapatkan arak. Menurut laporan, ibu kepada 8 orang anak ini merupakan seorang kaki botol.
Adik-beradik mangsa sudah diambil pihak berkuasa penjagaan sebelum ini. Tetapi, ibunya berjaya menyembunyikan mangsa yang juga anak kelapan di dalam sangkar dan membawa mangsa di dalam beg beroda untuk pergi ke mana-mana.
Kanak-kanak berusia 12 tahun itu akhirnya ditemui di tepi jalan selepas dia berjaya melarikan diri dari sebuah sangkar di Oryol, Rusia dengan keadaannya yang kepenatan. Ketika ditemui, kanak-kanak itu dilihat sedang berjalan seperti binatang buas yang sedang merangkak dan ketakutan.
Tinggal dengan lembu, anjing, ayam dan itik
Difahamkan, mangsa tidak boleh bercakap sebaliknya dia hanya menyalak sebagai cara untuk meminta tolong dan berkomunikasi dengan manusia. Kanak-kanak ini juga dikatakan tidak boleh berjalan atau berdiri tegak menggunakan kedua-dua kaki sebaliknya dia hanya tahu posisi tidur sahaja.
Malah, semasa berada di hospital kanak-kanak tersebut enggan untuk tidur di atas katil seperti yang diarahkan oleh kakitangan hospital. Sebaliknya, dia hanya tidur dalam keadaan yang meringkuk seperti seekor haiwan.
Dakwaan itu tidak benar
Menurut pakar perubatan hospital Lyudmila Krylova, mangsa kini dirawat di hospital dan berada dalam pengawasan pihak polis.
Kanak-kanak itu ‘sakit’ dan tiada apa-apa yang dapat saya lakukan.Dia menerkam makanan, menelan dengan cepat dan meludahkannya, kemudian dia cuba untuk makan semula.
Ibu kepada 8 orang anak ini telah menafikan dakwaan dia menjual anaknya kepada pedofilia demi sebotol arak adalah tidak benar. Pihak polis walau bagaimanapun masih menyiasat mengenai isu ini.
Sumber: Mirror Uk, Trending Hangat
Comments
Post a Comment