Mana-mana pasangan yang melangsungkan perkahwinan pastinya ingin mengabadikan setiap detik dan peristiwa bersejarah mereka dengan gambar-gambar yang cantik. Justeru, pemilihan jurugambar yang profesional sangatlah penting supaya setiap momen yang ditangkap dan dirakam kelihatan cantik dan istimewa.
Namun, lain pula nasib yang dialami Noor Aisyah ini apabila gambar perkahwinannya menghasilkan sesuatu yang sangat ‘luar biasa’ oleh jurugambar yang diupahnya suatu ketika dahulu.
Tak sempat
Al-kisah, cah jumpa husband bulan 10 dan bulan 12 dah menikah. Mak ayah cah ni sejenis yang ‘kalau dah jumpa orang yang baik dan berkenan tu, nikahlah cepat-cepat’. Alhamdulillah, segala urusan borang nikah kami dipermudahkan dan setel dalam masa sehari sahaja sahaja. Itu yang cepat benar kahwinnya .
Orang lain prepare nak kahwin berbulan-bulan. Yang cah ni busy dengan segala jenis benda yang baru bagi cah masa tu iaitu sekolah dan life, jadi memang tak sempat survey photographer sangat dan kebanyakan photographer yang elok dah fully booked. So dapat la photographer dari neraka ni.
Nak terberanak tengok gambar
Bulan April dah minta full payment cakap gambar dah siap edit, tapi berbulan-bulan kemudian, masa cah tengah sarat pregnant baru dapat soft copy gambar.
Lepastu tengok la kualiti gambar dia. Nak terberanak sistur tengok kualiti gambar yang ‘dah siap edit’ ni. Husnuzon, gambar-gambar dia unik, lain dari yang lain.
Koleksi gambar ‘dah siap edit’!
‘Padu’ betul hasil photographer ni
Netizen ‘tergelak’
Perkongsian wanita itu bagaimanapun telah menerima pelbagai respon dari kalangan netizen yang rata-ratanya ‘terkejut’ dengan hasil gambar-gambar tersebut.
Sumber: Facebook Noor Aisyah, Trending Hangat
Comments
Post a Comment