Hati suami mana yang tidak remuk apabila isteri yang baru sahaja dinikahinya 3 hari yang lalu meninggal dunia disisinya apabila terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah.
Azman Syah Gusti, 28 yang memandu kereta Perodua Myvi telah membawa sekali isterinya iaitu Salwati Yaakob, 28 dan juga seorang lagi kenalan Radhiah Sumeli, 28 menuju ke Sungai Buloh dari Kuala Kedah untuk mebuat persiapan majlis resepsi di pihak lelaki.
Lembu dah tempah
Tambahnya lagi, bapanya sudahpun menempah seekor lembu untuk majlis resepsi mereka dan 500 keping kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan.
“Sudah tentu saya sedih kerana kami baru melangsungkan pernikahan Sabtu lepas, namun saya reda walaupun sedih dengan pemergiannya.”
Menerusi Berita Harian, Azman yang juga merupakan juruteknik di Setapak memaklumkan bahawa isterinya hanya tersenyum sepanjan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dan tidak menunjukkan sebarang perilaku ganjil.
Dia yang kelihatan sebak turut mengakui berasa sedih namun redha dengan ketentuan Tuhan. Azman dan Salwati yang disatukan sabtu lalu baru sahaja menjadi suami isteri sekitar tiga hari.
Majlis resepsi yang bakal dilakukan hujung minggu ini bertukar duka apabila pengantin perempuan sudah meninggal dunia.
Sumber : Berita Harian, Trending Hangat
Comments
Post a Comment