Padu dan Kental! Netizen Puji Filem Aksi Tempur Silat Geran

Filem aksi Geran berjaya meraih perhatian orang ramai yang telah menontonnya.
 
Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata wargamaya memuji kualiti serta babak tempur yang ditampilkan menerusi filem tersebut.
 
Filem yang mengangkat seni tempur silat ini mengisahkan sebuah keluarga yang berantakan gara-gara berhadapan ugutan lintah darat. 
 
Filem arahan Areel Aku Bakar ini menampilkan pelakon yang mahir bersilat seperti Fad Anuar, Koharullah Abd Majid, Azlan Komeng dan Feyna.

Selain Fad, filem ini turut menampilkan Aeril Zafrel, Namron dan ramai lagi.
 
Dengan menggunakan tanda pagar #Geran, ramai yang memberikan reaksi positif terhadap filem ini biar pun filem ini tidak dibintangi pelakon ternama.
 
“Terbaik! Namron dan seluruh pasukan Geran!” Komen seorang netizen.


 
“I feel like #Geran is the Malay version of the Wu Asassins, which means despite some obvious flaws, I like it lot. Go watch it guys,” puji seorang netizen.
 
“Shoutout to #Geran. 10/10!” ujar seorang netizen.
 
“Gua dah tengok Geran semalam, padu beb!” komen seorang netizen lagi.
 
Malah, ramai yang memuji pertempuran gadis kampung bernama Timah yang dilakonkan oleh Feyna bersama sekumpulan lelaki kerana aksi srikandi yang ditonjolkan cukup memukau.
 
Filem Geran sudah mula berada di pawagam berhampiran bermula 10 Oktober yang lalu.

Comments