Peminat P.Ramlee dari luar negara, pemuzik Australia nyanyi lagu ‘Getaran Jiwa’ ramai kagum

Impak seni yang dibawa seniman lagenda tanah air, Allahyarham Tan Sri P Ramlee sehingga kini masih lagi diingati segenap lapisan masyarakat.
Lagu-lagunya, masih menjadi siulan ramai dan cukup terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di negara luar, jangan tidak percaya bahawa lagu P. Ramlee juga diminati pemuzik dari negara barat.

Pemuzik Australia nyanyi Getaran Jiwa

Menerusi sebuah video yang dikongsikan laman Facebook ERA (Malaysia), memaparkan pasangan pemuzik jalanan dari Australia mendendangkan lagu ‘Getaran Jiwa’ nyanyian asal Tan Sri P.Ramlee.
Meskipun, ada sedikit pelat ‘Mat Salleh’ dalam nyanyian mereka, namun pasangan pemuzik ini mampu membawakan lagu Getaran Jiwa ini dengan baik sekali.
Bangga rasanya apabila hasil seni anak Malaysia berjaya menarik minat bangsa luar, cukup hebat sekali karya seni seniman agung Almarhum Tan Sri P.Ramlee.

Sumber : Era (Malaysia), Trending Hangat

Comments