Suami & anak sulung pergi dalam tahun sama, ibu pengantin kemalangan sebak


Sejak semalam, berita mengenai kemalangan yang melibatkan tujuh buah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah telah tular di media sosial dan juga dada-dada akhbar.
Daripada 13 orang mangsa yang terlibat, dua disahkan meninggal dunia iaitu seorang kanak-kanak dan juga wanita dewasa.
Lebih menyedihkan, wanita tersebut yang dikenali sebagai  Salwati Yaakob, 28 baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan suaminya.
Perjalanan dari Kuala Kedah menuju ke Sungai Buloh itu adalah untuk menyempurnakan majlis resepsi dipihak lelaki pada hujung minggu ini.

Baru hilang suami

Jenazah allahyarham sudah pun dikebumikan semalam di kampung halamannya kira-kira jam 6.30 petang.
Menerusi Harian Metro, ibu kepada Salwati telah meluahkan rasa sedihnya apabila kehilangan dua insan penting dalam tahun ini. Pada Mac lepas, bapa Salwati telah meninggal dunia semasa menangkap ikan dan kali ini berita pemergian anak sulungnya akibat kemalangan pula merobek hatinya.

“Ayahnya, Yaakob Bahrin, 50, baru saja meninggal dunia dalam perahu ketika menangkap ikan di laut pada Mac lalu dan kini saya kehilangan arwah anak pula.”

Khemah baru buka dah pasang balik

Tambahnya lagi, khemah majlis perkahwinan Salwati dan menantunya juga baru sahaja dibuka dan kini terpaksa dipasang semula untuk menerima jenazah pengantin baru itu.

“Saya & isteri menangis dengan berita”

Menurut bapa mertuanya pula, Salwati merupakan menantu keduanya dan sangat senang dengan tingkah-laku wanita itu. Dia dan isteri mengakui menangis sejurus dikhabarkan bahawa kereta dipandu anaknya telah terbabit dalam kemalangan tersebut hingga mengorbankan menantu barunya.

“Ini menantu kedua saya…sebaik menerima berita arwah dah tak ada, saya dan isteri menangis kerana susah nak dapat menantu sebaik arwah.”

Pemergian Allahyarham sememangnya amat dirasai oleh seluruh keluarga kerana Salwati merupakan anak sulung dalam keluarganya dan baru sahaja bergelar isteri. Dia juga menurut ibunya langsung tidak menunjukkan sebarang tanda semasa ingin bertolak ke Sungai Buloh dan kelihatan ceria.
Salwati merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Tapah melibatkan 7 buah kenderaan pada malam selasa tempoh hari.

Sumber : Harian Metro, Trending Hangat

Comments