Tiada lagi ‘Aki’ bercerita, pemilik suara watak animasi Pada Zaman Dahulu meninggal dunia

Pasti ramai yang menonton cerita animasi bertajuk Pada Zaman Dahulu, berkisar mengenai Aki (atuk) yang sering bercerita mengenai kisah teladan kepada dua orang cucunya.
Namun, baru-baru ini satu berita yang mendukacitakan diterima daripada pihak produksi Les’ Copaque Production Sdn Bhd, memaklumkan bahawa pelakon suara untuk watak ‘Aki’ iaitu Dato Alias Lazan disahkan meninggal dunia hari ini.

Tiada lagi suara ‘Aki’

Berita tersebut dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi pihak produksi berkenaan. Arwah juga sebelum ini merupakan pelakon suara untuk ‘Pak Mail’ dalam Filem GENG : Pengembaraan Bermula.
Tetapi suaranya lebih dikenali sebagai watak ‘Aki’ dalam animasi Pada Zaman Dahulu. Sudah semestinya, kehilangan Dato Alias cukup dirasai oleh pihak produksi Les’ Copaque dan juga peminat animasi Pada Zaman Dahulu.
Di ruangan komen, dibanjiri dengan ucapan takziah serta doa, mengharapkan agar roh arwah ditempatkan di kalangan hamba Allah yang beriman.
Sumber : Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Trending Hangat

Comments